Senin, 20 Juli 2015

Definisi lelaki shaleh

Lelaki Shaleh
dapat didefinisikan sebagai
seorang lelaki muslim yang
beriman (mukmin), bersih dari segi
zahir dan batinnya, mengambil
makanan yang bersih dan halal
(bukan dari sumber yang haram)
serta sentiasa berusaha
menjauhkan dirinya dari perkara
perkara yang akan mendorong ke
arah maksiat dan menariknya ke
jurang neraka yang amat dalam.
Dalam buku “Karakteristik Lelaki
Shalih” karangan Ustadz Abu
Muhammad Jibriel ini juga
menjelaskan bahwa Lelaki Shaleh
juga ialah seorang lelaki yang
senantiasa taat kepada Allah
subhanahu wa ta’ala dan Rasul-Nya
walau dimana saja dan kapan saja
mereka berada. Keshalehan dan
keimanan seseorang tidak dapat
dilihat dan diukur dari segi
lahiriah semata, kerana ianya
adalah berkaitan dengan masalah
aqidah dan keyakinan, kepada
siapa dia menyerahkan keyakinan
dan ketaatan dan sebaliknya (al
Wala’ wal Bara’ ). Tauhid
merupakan dasar tertinggi dalam
kehidupan yang harus sentiasa
dipelihara kerana apabila tauhid
tidak betul dan sempurna, maka
seluruh amalan yang dilakukan
adalah sia-sia saja. Jika telah jelas
kepada siapa kita memberikan
perwalian dan terhadap pihak
mana kita menolaknya, barulah
Tauhid akan menjadi kenyataan
dalam jiwa seseorang. Jelaslah
bahwa keshalehan seseorang lelaki
itu tidak dapat dinilai dari segi
lahiriah semata. Ianya adalah
lebih jauh dan mendalam dari itu
semua. Antara hal-hal yang harus
dilihat dan dikaji pada setiap
individu muslim ialah perkara-
perkara yang bersangkutan dengan
keyakinan, tujuan dan pandangan
hidup serta cita-cita dan jalan
hidup seseorang itu.
Kriteria-kriteria Lelaki
Shaleh seperti yang
dimaksudkan oleh Al
Qur’an dan Al Hadits
1. Sentiasa taat kepada Allah
subhanahu wa ta’ala dan
Rasullulah shallalahu ‘alaihi
wasallam.
2. Jihad Fisabilillah adalah
tujuan dan program
hidupnya.
3. Mati syahid adalah cita-cita
hidup yang tertinggi.
4. Sabar dalam menghadapi
ujian dan cobaan dari Allah
subhanahu wa ta’ala .
5. Ikhlas dalam beramal.
6. Kampung akhirat menjadi
tujuan utama hidupnya.
7. Sangat takut kepada ujian
Allah subhanahu wa ta’ala
dan ancamannya.
8. Selalu memohon ampun atas
segala dosa-dosanya.
9. Zuhud dengan dunia tetapi
tidak meninggalkannya.
10. Shalat malam menjadi
kebiasaannya.
11. Tawakal penuh kepada Allah
taala dan tidak mengeluh
kecuali kepada Allah
subhanahu wa ta’ala.
12. Selalu berinfaq baik dalam
keadaan lapang mahupun
sempit.
13. Menerapkan nilai kasih
sayang sesama mukmin dan
ukhwah diantara mereka.
14. Sangat kuat amar maaruf dan
nahi mungkarnya.
15. Sangat kuat memegang
amanah, janji dan
kerahsiaan.
16. Pemaaf dan lapang dada
dalam menghadapi
kebodohan manusia, sentiasa
saling menasihati sesama
ikhwan dan tawadhu’ (rendah
hari) penuh kepada Allah
subhanahu wa ta’ala .
17. Berkasih sayang dan penuh
pengertian kepada keluarga.
Selain dari ciri-ciri diatas, orang
orang yang shaleh juga merupakan
insan-insan yang senantiasa
mendapat ujian dan cobaan
daripada Allah subhanahu wa
ta’ala setelah para nabi-nabi dan
orang-orang yang mulia. Mereka
menghadapi segala ujian tersebut
dengan hati yang tabah dan tetap
teguh dalam keimanan serta
pendirian. Mereka tidak mudah
menyerah kalah dari keganasan
dan tekanan musuh.
Tugas-tugas dan
kewajiban Lelaki
Shaleh
1. Mencari nafkah (belanja
hidup).
2. Berjihad Fisabilillah.
3. Melindungi dan membela
kaum yang lemah dan
tertindas.
4. Memimpin, mendidik dan
berlaku adil terhadap isteri.
1. Mencari Nafkah Tugas mencari
nafkah dibebankan kepada kaum
Lelaki kerana kelebihan dalam
penciptaannya yang berupa
kekuatan fisik dan akal fikirannya.
Oleh itu Lelaki mampu untuk
bekerja keras untuk mencari
nafkah, memberi perlindungan dan
pertahanan maru’ah kehidupannya
terutama kepada keluarga, agama,
bangsa dan agamanya. Inilah
sebabnya lelaki diangkat menjadi
pemimpin bagi kaum wanita. Oleh
itu, seorang lelaki muslim, lelaki
dan suami yang shaleh, tidak akan
melalaikan tugas ini. Ia wajib
bekerja menurut apa saja
kemampuannya. Dalam
melaksanakan tugas ini, dia
haruslah membetulkan niatnya
iaitu ikhlas untuk mencari
keridhaan Allah subhanahu wa
ta’ala . Dia tidak akan merasa malu
untuk melakukannya bahkan dia
gembira dan berbangga terhadap
pekerjaannya lebih-lebih lagi
perkara yang halal. Lelaki shaleh
tidak akan lupa untuk mengingati
hari akhirat tetapi menjadikannya
sebagai tujuan yang utama, dia
bekerja didunia untuk mencari
keuntungan di akhirat, bukan
mengejar keduniaan semata-mata.
Dengan cara ini, usahanya akan
sentiasa berhasil dan berjaya
didunia dan akhirat. Seperti kata
ulama Salaf yang bermaksud;
“Wahai anak Adam! Juallah
duniamu dengan akhirat, maka
engkau akan UNTUNG semuanya,
tetapi jangan engkau jual akhirat
dengan dunia, maka engkau akan
RUGI semuanya.” “Bagi orang
orang yang telah mengerjakan
kewajiban agamanya dengan baik,
kemudian terasa penat dan letih
pada malamnya, sehingga tidak
dapat mengerjakan amalan amalan
sunnah, maka Allah dan RasulNya
memberikan jaminan dengan
ampunan sepanjang malam yang
dilaluinya dengan tidur yang
nyenyak”. Inilah antara ganjaran
yang akan dikurniakan kepada
lelaki shaleh yang mencari nafkah
dengan bersungguh-sungguh.
Terdapat dua cara orang berusaha
mencari nafkah seperti yang
dianjurkan oleh Islam. Pertama:
Hendaklah ia tidak melalaikan
tugasnya terhadap Allah
subhanahu wa ta’ala dan
janganlah ia meninggalkan nilai-
nilai yang luhur. Kedua: Hendaklah
dilakukan dengan cara yang halal,
bersih dan tidak membawa apa-apa
kemudaratan kepada orang lain
dan tidak pula bertentangan
dengan peraturan-peraturan
umum. Antara cara-cara pencarian
harta yang diharamkan oleh Islam
ialah:
1. Riba,
2. Penimbunan barang-barang
yang menjadi hajat orang
ramai,
3. Perjudian dan perdagangan
minuman keras,
4. Berlaku penipuan dalam
penimbangan dan penukaran
barang,
5. Mencuri,
6. Memakan harta orang lain
dengan cara yang bathil
seperti yang diterangkan
dalam surah An Nisa 4, ayat
29.
2. Berjihad Fisabilillah Jihad
merupakan amal yang paling
utama dan puncak ketinggian
Islam. Tidak ada satu pun amalan
shaleh yang dapat menandingi
Jihad. Orang shaleh tidak sedikit
pun merasa gentar dan takut
apabila berjuang menegakkan
agama Allah sebaliknya sentiasa
tersenyum bangga menjadi seorang
Pegawai Allah dengan gelaran
paling indah iaitu Mujahidin. 3.
Melindungi dan Membela Kaum
Yang Lemah dan Tertindas Akhir-
akhir ini golongan kafir senantiasa
mencari peluang untuk menindas
dan menakluki negara-negara serta
umat-umat Islam. Orang-orang
yang shaleh haruslah peka dan
bersedia untuk bertindak balas
agar umat-umat Islam tidak akan
ditindas dengan sewenang-
wenangnya oleh golongan tersebut.
“Wahai lelaki shaleh…! tugas dan
tanggungjawabmu bukanlah ringan,
bayangkan langit dan gunung tidak
mampu membawanya. Kamu
sajalah yang akan tampil dan
mampu menyelesaikan persoalan
besar ini. Orang orang yang lemah
dan sedang tertindas sentiasa
menanti kehadiranmu. Mereka
berdoa agar kamu segera tiba
untuk menjadi pembela dan
penolong bagi mereka.” Inilah
laungan yang senantiasa terdengar
dari golongan-golongan yang
tertindas dan mengharapkan
bantuan. Oleh itu lelaki yang
shaleh haruslah memainkan
peranannya sebagai pembela
agama baik secara langsung
ataupun tidak langsung demi
untuk membela agama Islam. 4.
Memimpin dan Mendidik Anak
1. Mengajar dan membimbing
dengan cara yang baik
sehingga isteri-isteri yang
tidak shalehah menyedari
akan kesalahannya dan
menukar cara hidupnya
menjadi isteri shalehah.
2. Menangani isteri dengan
bijaksana sehingga dia
menyadari hakikat yang
sebenarnya dan bersedia
mengubahnya.
Demikianlah cara-cara yang telah
digariskan oleh Islam untuk
mengatasi masalah ketidaksesuaian
suami isteri dalam kehidupan
rumah-tangga dalam menghadapi
kesulitan, lelaki shaleh tidak akan
cepat melatah dan bertindak
menurut nafsu dan perasaan
semata-mata tanpa memperhatikan
perasaan orang lain. Lelaki shaleh
akan bertindak dengan cara yang
lebih efisien dan bijaksana dan
senantiasa memohon petunjuk dari
Allah subhanahu wa ta’ala . Berlaku
baik terhadap isteri, suami yang
shaleh akan sentiasa menjaga
kebajikan keluarganya terutama
isterinya. Ia senantiasa menjaga
hati dan perasaan pasangannya
dan sentiasa menggembirakan
isterinya. Dia juga akan
bertanggungjawab dalam mengurus
urusan rumahtangga, dan
bekerjasama dengan isterinya.
Rasulullah shallalahu ‘alaihi
wasallam bersabda: “Orang yang
terbaik diantara kamu adalah
orang yang terbaik terhadap
isterinya, dan aku adalah orang
yang terbaik diantara kamu
terhadap isteriku.” (HR Ibnu
Majah)

Wallahu’alam…

Tidak ada komentar:

Posting Komentar